Tag: hari kiamat

  • Orang menutupi aib akan ditutupi aibnya di hari kiamat

    Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda: Tiada seorang hamba pun yang menutupi aib seorang hamba di dunia melainkan dia akan ditutupi aibnya oleh Allah pada hari kiamat. (Diriwayatkan oleh Muslim)

    PENJELASAN

    Hadis ini menganjurkan untuk menutupi aib seorang muslim, lebih-lebih lagi orang yang tidak diketahui keburukannya.

    Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 210

  • Hak dipenuhi pada hari kiamat

    Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sungguh kamu akan memenuhi hak-hak kepada para pemiliknya kelak pada hari kiamat, sampai-sampai digiringlah kambing yang tidak bertanduk (untuk mengambil hak) daripada kambing yang bertanduk. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

    PENJELASAN

    Kambing tidak bertanduk akan menuntut balas kepada kambing bertanduk pada hari kiamat. Selepas dibalas, haiwan-haiwan itu menjadi debu. Lantas orang-orang kafir berkata: Aduhai, andai saya juga menjadi debu.

    Peringatan bahawa orang dizalimi akan menuntut balas daripada orang berbuat zalim kelak pada hari kiamat dan dia akan diberikan haknya.

    Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 192