EDITORIAL

Hadis Feed — kombinasi perkataan Hadis (daripada istilah Arab, dieja demikian dalam Melayu) dan Feed (daripada perkataan Inggeris, dengan makna suapan dalam Melayu), sekali gus memberikan pengertian suapan hadis.

Penyediaan blog ini bertujuan memudahkan khalayak capai sedikit-sebanyak pengetahuan berkenaan hadis dengan pantas.

Ia disediakan dalam bentuk terjemahan berbahasa Melayu. Teks asal berbahasa Arab tidak disediakan, kerana mengambil masa untuk menaip, lagi pula memerlukan keyboard Arab. Justeru, dengan teks terjemahan Melayu, ia lebih pantas dalam proses penyediaan kandungannya.

Walaupun begitu, teks terjemahannya dinilai, malahan diperbaiki terlebih dahulu, jika penyedia kandungan tidak berpuas hati dengan terjemahan asal buku/kitab rujukan.

Semoga ianya bermanfaat bagi anda untuk memperkayakan pengetahuan atau menjadikannya sebagai sandaran/rujukan.

Pertanyaan boleh e-mel kepada: khaliffa1024@gmail.com. Tip boleh dibuat melalui akaun Maybank 112268161516

Kandungan dibangunkan oleh:

IDRIS MUSA

BA Hons Islamic Studies (Arabic and literature) UKM

Bekas penulis khas di NSTP/BH/HM