Rasulullah SAW mengisyaratkan bahawa kaum muslimin akan menakluk beberapa pulau di tengah laut, beberapa negeri di Rom dan seluruh Parsi. Dan bahawa kebenaran muslimin akan mengalahkan kebatilan dajjal.
Imam Muslim meriwayatkan daripada Nafi’ bin Uyainah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kamu sekalian akan menyerbu Jazirah Arab (Semenanjung Arab) sehingga ditakluk oleh Allah. Kemudian (kamu menyerbu) Parsi sampai negeri itu ditakluk Allah. Kemudian (kamu menyerbu pula) Rom sampai negeri itu ditakluk Allah. Kemudian kamu menyerbu dajjal sampai ia ditakluk Allah.
Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 68