EDITORIAL

Hadis Feed — kombinasi perkataan Hadis (daripada istilah Arab, dieja demikian dalam Melayu) dan Feed (daripada perkataan Inggeris, dengan makna suapan dalam Melayu), sekali gus memberikan pengertian suapan hadis.

Penyediaan blog ini bertujuan memudahkan khalayak capai sedikit-sebanyak pengetahuan berkenaan hadis dengan pantas.

Ia disediakan dalam bentuk terjemahan berbahasa Melayu. Teks asal berbahasa Arab tidak disediakan, kerana mengambil masa untuk menaip, lagi pula memerlukan keyboard Arab. Justeru, dengan teks terjemahan Melayu, ia lebih pantas dalam proses penyediaan kandungannya.

Walaupun begitu, teks terjemahannya dinilai, malahan diperbaiki terlebih dahulu, jika penyedia kandungan tidak berpuas hati dengan terjemahan asal buku/kitab rujukan.

Semoga ianya bermanfaat bagi anda untuk memperkayakan pengetahuan atau menjadikannya sebagai sandaran/rujukan.

Dan sebelum terlupa, penyedia kandungan sebelum ini menyatakan blog ini akan beralih ke domain (alamat tapak web) baharu iaitu hadispro.com, dan mungkin ada tertanya-tanya, mengapa blog ini masih aktif? Bohongkah sebelum ini? Bagi mengelakkan kekeliruan, jawapannya begini — sewaktu hampir tamat tempoh aktif domain ini, ianya secara automatik dibayar melalui perbankan online melalui akaun penyedia kandungan dan penyedia kandungan juga tidak sedar. Malahan penyedia kandungan juga pada awalnya tertanya-tanya sendirian, mengapa blog ini masih aktif, sedangkan domain sudah tamat tempoh? Lantas, penyedia kandungan cuba semak pada penyedia domain dan mendapati memang terdapat butang perbaharui domain secara automatik yang tidak dinyahaktifkan oleh penyedia kandungan. Begitulah kisahnya. Justeru, kandungan hadis di sini dan di sana adalah serupa. Dan buat masa ini, ia dijadikan sebagai back-up antara satu sama lain. Anda klik sana, klik sini, sama saja. Sampai tempohnya, mana-mana satu domain akan dinyahaktif, melainkan ada sesiapa ingin membelinya, sama ada domain saja atau bersama kandungannya.

Sebarang pertanyaan jangan segan, boleh e-mel kepada: khaliffa1024@gmail.com. Telefon tidak disertakan, kerana ada yang mengambil kesempatan untuk cuba melakukan penipuan dengan nombor tertera.

Kandungan dibangunkan oleh saudara:

IDRIS MUSA

BA Hons Islamic Studies (Arabic and literature) UKM

Bekas penulis khas di NSTP/BH/HM