Daripada Muaz bin Anas RA, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: Sesiapa meninggalkan pakaian (mewah) kerana tawaduk kepada Allah, padahal dia mampu, maka Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan semua makhluk hingga Dia menyuruhnya memilih perhiasan keimanan mana saja yang dia mahu kenakan. (Riwayat at-Tirmidzi, dan dia berkata, hadis hasan)
HURAIAN
– Dalam hadis ini diterangkan mengenai keutamaan meninggalkan pakaian kebanggaan kerana tawaduk dan pahalanya. Sebab, sesiapa meninggalkan sesuatu semata-mata kerana Allah, maka Dia akan memberikan ganti yang lebih baik daripadanya.
– Sesiapa yang bersikap tawaduk semata-mata kerana Allah, maka Dia akan mengangkat darjatnya di dunia dan akhirat.