Tag: pertolongan

  • Rezeki, pertolongan dengan adanya orang lemah

    Daripada Abu Darda Uwaimir RA berkata: Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Carikan saya orang-orang lemah. Maka, sesungguhnya kamu mendapat pertolongan dan rezeki dengan orang-orang lemah dalam kalangan kamu. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dengan isnad yang baik)

    PENJELASAN

    Hadis ini mengandungi pesanan agar membantu orang-orang lemah, fakir miskin, membantu orang-orang yang menggunakan seluruh waktu untuk Allah, tidak mementingkan diri sendiri dan menghindari daripada mengganggu orang lemah.

    Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 231

  • Keistimewaan orang-orang yang lemah

    Daripada Mus’ab bin Saad bin Abi Waqas RA berkata: Saad berpendapat bahawa baginya kelebihan daripada selainnya.

    Maka, Nabi SAW bersabda: Adakah kamu mendapat pertolongan dan rezeki, melainkan dengan orang-orang yang lemah dalam kalangan kamu! (Hadis riwayat al-Bukhari sebagai hadis mursal kerana Mus’ab adalah seorang tabiin. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Bakar al-Barqani dalam kitab sahihnya sebagai hadis muttasil daripada Mus’ab daripada ayahnya RA).

    PENJELASAN

    Ibnu Batthal berkata: Pengertian hadis ini bahawa orang-orang lemah lebih ikhlas dalam berdoa dan lebih khusyuk dalam beribadat kerana hati mereka masih kosong dengan gemerlapan dunia.

    Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 230

  • Beri pertolongan kepada yang memerlukan

    Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA berkata: Apabila Nabi SAW didatangi oleh seseorang yang meminta suatu keperluan, baginda menemui teman-teman duduknya. Maka, baginda bersabda: Berilah pertolongan kepadanya, nescaya kamu mendapatkan pahala, dan Allah akan memutuskan hal-hal yang Dia senangi melalui lisan nabi-Nya. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

    Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 213