Daripada Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Seorang Mukmin sentiasa dalam keluasan agamanya, selama dia tidak menumpahkan darah yang haram. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari)
PENJELASAN
- Perkataan dalam teks hadis “al-fushatu” diertikan sebagai “keluasan”. Maksudnya orang mukmin sentiasa mengharapkan rahmat dan ampunan daripada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukannya. Ketika dia menumpahkan darah yang haram, maka jalannya akan menjadi sempit.
Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 201