Mohonlah keampunan

Daripada al-Agharr bin Yasar al-Muzani berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Wahai manusia! Bertaubatlah kepada Allah dan mohonlah keampunan kepada-Nya, kerana sesungguhnya saya bertaubat dalam sehari 100 kali.” (Riwayat Muslim)

HURAIAN

– Dalam hadis ini juga dijelaskan mengenai kewajipan bertaubat, istighfar dan sentiasa istiqamah melakukan hal itu di setiap waktu dan keadaan.