Amalan disertai dengan niat

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdil Uzza bin Riyah bin Abdullah bin Qurth bin Razah bin ‘Adi bin Kaab bin Luaiy bin Ghalib al-Qurasyiy al-‘Adawiy RA berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya amalan perbuatan disertai dengan niat dan bagi setiap orang pada yang telah dia niatkan. Maka, sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrah itu menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya demi harta dunia yang hendak diperolehinya ataupun untuk seorang wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya menuju kepada niat dimaksudkan dalam hijrahnya itu.” (Hadis disepakati kesahihannya — Sahih Bukhari dan Muslim)

PENJELASAN

Hadis diriwayatkan dua imam ahli hadis iaitu Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardizbah Al-Ju’fi Al-Bukhari dan Abu Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairi An-Naisaburi  – semoga Allah meredai kedua-duanya – dalam dua kitab sahih masing-masing.

Hadis ini hadis agung (utama), mulia dan banyak faedahnya.

Imam Syafie (dipetik) berkata: Hadis ini mencakupi 70 bab ilmu.

Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 25 & 26